FAQ
Frequently Asked Questions (FAQ)
1. Bagaimana permohonan untuk memasuki asrama harian di sekolah-sekolah
negeri Melaka ?
Permohonan adalah terbuka kepada semua murid yang bersekolah dan boleh dibuat
terus ke sekolah-sekolah yang mempunyai asrama dengan berjumpa Pengetua/Guru Besar/
Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid untuk mendapatkan borang permohonan memasuki
asrama sekolah berkenaan.
2. Apakah kriteria untuk memasuki asrama harian negeri Melaka ?
Kriteria yang telah ditetapkan dalam Buku Panduan Asrama Kementerian Pelajaran
adalah seperti berikut :
2.1 Warganegara Malaysia
2.2 Jarak rumah yang jauh dari sekolah
2.3 Ancaman keselamatan ketika hendak ke sekolah
2.4 Berdasarkan kekosongan di asrama sekolah berkenaan
3. Bagaimana ingin memohon Tender Bekalan Makanan Bermasak Asrama ?
Permohonan Tender Bekalan Makanan Bermasak Asrama adalah berdasarkan iklan
yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran
dari semasa ke semasa.
Terakhir dikemaskini (Khamis, 21 Mac 2013 10:37)